Selamat Datang Ke Projek Cili Fertigasi!





Tahniah! Panduan Ebook Percuma Untuk Anda

Sila isi borang di bawah untuk mendapatkan ebook percuma ini.

 

cili-fertigasi-tanaman-baja-hydroponik-jual-projek-agriculture-chilly-lada-tumbuhan-anak-benih-cabai

Nama
Email
WhatsApp No

Email Marketing by TrafficWave.net

Periksa email anda segera selepas mengisi borang di atas.

Terima kasih.


Pengenalan

Web disediakan oleh SifuAridz.Com

Projek : Cili Fertigasi

Objektif  : Memulakan penanaman cili fertigasi di halaman rumah secara sambilan.

Pengenalan :

Semua orang berminat untuk mencuba tanaman cili berasaskan Fertigasi ini. Kenapa? Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti bermanfaat dengan cara mudah, cepat dan lumayan. Apakah Feritgasi? Fertigasi adalah gabungan dua kata Inggeris iaitu Fertilize (baja) dan irrigation (pengairan). Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan serentak secara langsung kepada akar pokok. Permintaan kepada petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Peningkatan hasil dan pertumbuhan 2 – 3 kali ganda, telah menarik petani dan usahawan untuk menerapkan teknologi moden ini. Kesuburan tanah bukanlah faktor yang mempengaruhi prestasi tumbuhan jika sistem fertigasi digunakan.

Walau bagaimanapun, kos permulaan yang tinggi telah menjadi faktor utama dalam banyak usahawan tani yang masih tidak berubah kepada penanaman tradisional. Melalui penanaman fertigasi berasaskan tanah, usahawan usahawan boleh meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil tanaman mereka dengan kos pembajaan minimum. Penanaman cili dengan menggunakan kaedah fertigasi telah terbukti berkesan dalam meningkatkan pertumbuhan dan hasil cili. Kaedah fertigasi ini sesuai untuk usahawan yang ingin meningkatkan hasil dengan sedikit modal permulaan dan dikembangkan secara berperingkat.

Persiapan:

  • Pengetahuan mengenai dengan cili fertigasi
  • Peralatan projek yang diperlukan
  • Kos yang dikira dan diperlukan
  • Mentor yang sudah berpengalaman

penanaman-cili-tanaman-fertigasi-hidroponik-chillies-part-time-sayuran-baja-fertilizer-cabai

penanaman-cili-tanaman-fertigasi-hidroponik-chillies-part-time-sayuran-baja-fertilizer-cabai-tanah

Ingin download ebook percuma panduan cili fertigasi?

Klik sini

Kos yang perlu diberi perhatian

  1. Kerja – kerja pembersihan tapak projek (racun, potong rumput)
  2. Weedmat untuk menutupi tanah daripada ditumbuhi lalang, rumput perosak dan rumput berduri.
  3. Polibag dan tanah isian polibag.
  4. Benih cili.
  5. Bata pelapik polibag.
  6. Tangki air.
  7. Pam tangki air.
  8. Sistem paip.

 

Barangan yang boleh diperolehi online

  1. Agfabric Landscape Nonwoven Strengthen 2.3oz 3x8ft Weed Barrier for Raised Bed Soil Erosion Control Landscape, Gardening Mat
  2. Weedmat
  3. Silvershine

 

Persediaan anak benih

  1. Keputusan untuk jenis tanaman : Cili bara, turut mencuba cili besar (merah dan hijau).

Ini adalah berdasarkan maklumbalas terhadap permintaan dan harga yang tinggi. Ianya juga agak kuat untuk menahan diri daripada penyakit (lasak).

Bagaimana untuk mendapatkan anak benih? Proses semaian perlu dilakukan dengan mendapat anak benih.

3200 biji benih : RM25. Jenamanya East West Seed Cap Panah Merah.

 

 

 

chilli-penanaman-cili-tanaman-fertigasi-hidroponik-chillies-part-time-sayuran-baja-fertilizer

chilli-penanaman-cili-tanaman-fertigasi-hidroponik-chillies-part-time-sayuran-baja-fertilizer-cara-tanam

Ingin download ebook percuma panduan cili fertigasi?

Klik sini


Artikel berkaitan tanaman cili fertigasi



 

Pajak tanah tanam cili

“Saya hanya melayari Internet untuk meneliti cara yang terbaik menanam cili fertigasi,” kata Muhammad Suhaimi Md Akhir, 25, yang mendalami selok-belok dan cabaran sebagai usahawan tani.

Pemuda berasal dari Kampung Padang Perak, Alor Setar, ini sanggup berulang-alik sejauh 25.7 kilometer dari kediamannya ke Kampung Bukit Pak Pom, Kubur Panjang, Pendang, Kedah, untuk merealisasikan impiannya mengusahakan tanaman berkenaan.

Menurutnya, dia meng­usahakan penanaman itu sejak setahun lalu dan hanya melayari Internet untuk meneliti cara yang terbaik untuk menanam cili fertigasi.

“Sebelum ini, saya melakukan kerja kampung seperti membuat rumah bersama bapa sebelum melihat ada tanah kosong di belakang rumah lalu terfikir untuk memulakan penanaman cili ini secara kecil-kecilan.

“Apabila melihat tanaman cili itu mengeluarkan hasil akhirnya saya bertekad untuk mengusahakannya secara besar-besaran,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, bapanya, Md Akhir Abdul Azib, 60, kemudian memajak tanah di Kampung Bukit Pak Pom untuk mengembangkan projek penanaman itu.

“Penanaman cili fertigasi yang membabitkan cili 568 atau dipanggil cili kulai ini memerlukan penjagaan rapi dan tidak boleh dibuat sambil lewa. Hasilnya sangat lumayan berbanding sayur-sayuran lain.

“Rutin harian saya pergi ke kebun setiap hari untuk menyiram, menggembur tanah dan meracun tanaman cili fertigasi ini dari 7 pagi hingga 6 petang.

“Lazimnya saya membaja tananam ini sebelah pagi sementara petang lebih menyiram air selain meracun,” katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, kerja meracun dibuat empat hari sekali bagi menghalang pe­nyakit tanaman cili yang membiakkan kutu dan kulat.

Katanya, tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat tanaman cilinya tumbuh subur dan bebas ancaman makhluk perosak.

“Saya lebih berminat bekerja sendiri daripada makan gaji, disebabkan itu juga saya mengusahakan tanaman cili kerana permintaannya sangat menggalakkan.

“Ramai pemborong yang datang berjumpa saya dan bapa untuk membeli cili kami dan harganya boleh mencecah sehingga RM10 sekilogram.

“Semaian tanaman membabitkan 8,000 anak pokok memerlukan 80 hingga 90 hari untuk dituai dan apabila ia sudah mencapai tempoh matangnya, sebanyak 100 hingga 250 kilogram sehari cili dapat dipetik,” katanya.

Kebanyakan cili diusahakan itu dibeli pemborong dan dijual di pasar tani berdekatan seperti di Tanah Merah, Pendang.

Muhammad Suhaimi berkata, dia berhasrat untuk mengembangkan lagi projek penanaman cili itu di tempat lain selepas ini. – Aizat Sharif

Sumber: Harian Metro

 

Ingin download ebook percuma panduan cili fertigasi?

Klik sini

 

Tanaman cili fertigasi jana pendapatan lumayan

LIPIS 12 Nov. – Pepatah orang tua-tua ada mengatakan ‘berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya’.

Itulah yang dibuktikan Ahmad Syakir Hamdan, 35, dari Kampung Penjom, dekat sini apabila projek tanaman cili fertigasi yang diusahakannya membawa pula­ngan lumayan.

Ahmad Syakir berkata, dia mengerah keringat dengan di­bantu ahli keluarganya untuk mengusahakan projek tanaman berkenaan di kawasan seluas 0.4 hektar di kampung berkenaan sejak Mei lalu.

“Saya memulakan projek tanaman Cili Minyak 461 menggunakan modal sumbangan keluarga sebanyak RM12,000. Setelah tiga bulan, sebanyak 1,000 pokok cili ini mengeluarkan hasil sebanyak 1.8 tan metrik.

“Saya bersyukur hasilnya membawa pulangan lumayan,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut baru-baru ini.

Menurutnya, fasa kedua projek tanaman cili tersebut bermula memandangkan ia mendapat permintaan tinggi di pasaran malah sudah ada pemborong dan peniaga yang menempahnya apabila hasil dikutip pada hujung bulan ini.

Katanya, dia terlibat dalam projek fertigasi itu selepas mendapat dorongan daripada ahli keluarga termasuk memberikannya modal bagi mengusahakan tanah pusaka yang terbiar berdekatan rumahnya.

“Semangat yang diberikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga menyuntik semangat saya untuk mengubah haluan kerja daripada mengambil upah mencuci kenderaan kepada mengusahakan tanaman cili hybrid.

“Pembelajaran kaedah penanaman cili fertigasi menerusi siri kursus anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) di Kampung Telang dan Kuala Medang, di sini memberi saya keyakinan untuk memulakan projek ini sejak lima bulan lepas.

“Apabila tiba musim tuaian, sebanyak 300 kilogram cili dikutip setiap hari dan dipasarkan terus ke kedai runcit, pasar di bandar Kuala Lipis dan Pusat Pengumpulan Hasil di bandar Temerloh secara berperingkat,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

 

 

Projek Tanaman Cili Fertigasi Membuahkan Hasil Lumayan

BAGAN SERAI: Semangat kental seorang suri rumah untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarganya membuahkan hasil apabila perusahaan penanaman cilinya telah berjaya.

Norehan Kassim 42, yang berasal dari Sungai Kepar, Simpang Empat Semanggol, telah memulakan penanaman cili secara fertigasi sejak awal tahun ini, dan kini, beliau berjaya memperolehi hasil lebih RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, saya cuma mengurut di rumah. Suami saya, Abu Bakar Harun 42, turut mengurut orang kampung selain melakukan kerja-kerja kampung.

“Kemudian saya mengambil kursus selama tujuh bulan dengan Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKS) di Bagan Serai, dan saya terus buat projek ini (tanaman cili fertigasi),”katanya ketika ditemui.

Ceritanya lagi, beliau telah mengusahakan tanaman ini secara sendiri dengan dengan bantuan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Gunung Semanggol.

“Saya semai sendiri anak benih dan saya menjaga tanaman ini dari A sampai Z. Saya pilih projek tanaman cili sebab ianya jimat.

“Kalau tanaman lain, kos agak mahal. Tambahan pula, harga cili tak jatuh,”ujarnya.

Ujarnya, harga pasaran cili kini berharga RM13 sekilogram manakala harga borong dalam lingkungan RM8 hingga RM9 sekilogram.

“Saya jual di Bagan Serai secara borong. Kadang-kala, ada yang datang ambil sendiri di rumah,”katanya.

Kata Norehan lagi, beliau telah membelanjakan sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 untuk projek tanaman yang seluas suku ekar tersebut.

Tambahnya lagi, kos tersebut tidak termasuk kos untuk menambak tanah. Kos tersebut hanya untuk menampung dari segi piping, tong peralatan fertigasi dan tenaga.

“Dengan keluasan suku ekar, saya dapat tanam lebih dari 1,600 pokok cili. Satu polibeg ditanam dengan dua pokok cili.

“Sekali kutip, saya boleh dapat dalam 30 hingga 50 kilogram. Cili boleh dikutip dalam tempoh dua minggu selepas pokok berbuah dan pokok cili ini, ada tempoh pantang selama dua minggu sebelum boleh dikutip sekali lagi,”ujarnya.

Menurutnya lagi, penanaman cili secara fertigasi ini turut menghadapi cabaran dan halangannya yang tersendiri.

“Cabarannya adalah seperti serangan serangga perosak seperti lalat buah, ulat pokok dan hamama yang sering menyerang waktu musim kemarau.

“Pada awal tahun, kawasan projek tanaman cili ini terkena banjir. Tapi syukur, hanya lima polibeg sahaja yang musnah. Pokok cili ni tak boleh terkena air yang berlebihan, kalau tak pokok akan mati,”ceritanya.

Menurutnya lagi, sehingga kini, beliau hanya menggunakan baja sahaja dan bercadang untuk menggunakan baja organik pada masa akan datang.

“Saya ada juga dapat bantuan daripada Pejabat Peladang dan juga bantuan Jom Tani. Termasuk kali ini, sudah 6 kali saya terima bantuan baja dari Pejabat Peladang dan Bantuan Jom Tani,”katanya.

Ketika ditemui juga, beliau turut memberi nasihat dan melahirkan harapan beliau untuk masa akan datang.

“Projek tanaman cili ini boleh bagi pendapaan lumayan. Tapi perlu buat banyak. Kalau buat sedikit,tak berbaloi.Saya berharap agar saya dapat jadi pembekal anak benih dan juga tenaga pengajar sekiranya boleh,”katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PPK Gunung Semanggol, Mohd Faisol Shafie berkata, pihaknya akan turut membantu memasarkan mana-mana produk pertanian yang berpotensi untuk dipasarkan.

“Di Peladang, kita bukan sahaja pasarkan secara terus..kita pun ada anchor di Bukit Gantang.

“Anchor ini akan kumpulkan semua hasil dari PPK yang berdekatan dan akan pasarkan di kawasan sekitar,”katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan sentiasa menyalurkan bantuan sekiranya ada usahawan-usahawan yang aktif sebagai salah satu tanda sokongan.

Sumber: Perak Today

 



Cuma Tanam Cili Cara Fertigasi Di Sekolah, Guru Ini Dapat Pulangan Cecah RM11 Ribu

Guru muda, Mohd Izranuddin Jelani yang dikongsikan kisahnya oleh Fuad Razali, Yang Dipertua PIBG Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin ini luar biasa semangat berkebunnya. Projek Sekolah Lestari iaitu tanam cili fertigasi yang dikendalikan sejak tahun lalu di sekolah telah memberi pulangan sehingga RM11 ribu.

Itu satu jumlah yang besar untuk projek tanaman sekolah. Seharusnya menjadi contoh pada guru-guru yang lain. Lalu beliau menetapkan satu temujanji untuk mendapatkan sedikit ilmu dan tips penanaman dengan guru muda hebat ini.

Saya mengenali guru ini, Mohd Izranuddin Jelani, tahun lalu melalui grup perkebunan dalam FB. Teruja dan kagum melihat minatnya dan kesungguhannya melaksanakan Projek Sekolah Lestari di sekolahnya, maka saya menghubungi beliau menyatakan hasrat saya untuk melawat projek berkenaan.

Apa tidaknya, dia memuat naik hasil tanaman seperti buah limau kasturi dan cendawan tiram melalui page berkenaan. Alhamdulillah, selepas beberapa kali tertunda, Allah SWT makbulkan hasrat saya semalam.

Kira-kira jam 5.40 petang semalam, saya dan Cikgu Izra bertemu di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Bekas wartawan Sinar Harian itu mula mengajar di sekolah berkenaan pada tahun lalu. Walaupun mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, dia diberi tanggungjawab menyelaras program keceriaan sekolah.

Projek Sekolah Lestari itu adalah di bawah kelolaannya bersama-sama kira-kira 80 pelajar anggota Skuad Lestari. Namun yang aktif katanya, 30 pelajar.

Memang hebat daya kesungguhan dan kreativitinya menggunakan setiap inci tanah yang ada di sekeliling sekolah itu dengan tanaman seperti serai (di sekeliling padang sekolah), limau kasturi, jambu batu, durian belanda, dan pisang tanduk.

Bukan itu sahaja, ruang bawah tangga bangunan sekolah turut digunakan sebagai tempat projek penanaman cendawan manakala kaki lima kelas untuk projek tanaman halia. Selain itu, beliau turut memulakan projek madu kelulut.

Projeknya yang paling besar dan memberi impak adalah projek fertigasi tanaman cili padi yang dijalankan tahun lepas.

Projek penanaman 490 pokok cili padi itu yang bermula dengan kos kira-kira RM14,000, untuk musim pertama tahun lalu telah memberi hasil kira-kira RM11,000. Tahun ini diteruskan lagi.

Cikgu ini bukan sahaja kreatif untuk menanam pelbagai tanaman berhasil tetapi juga dari segi cara menjana modal kewangan untuk memulakan projek cili berkenaan. Hebat! Tabiklah cikgu!

Alhamdulillah, benar kata orang, ilmu itu ada di mana-mana. Walaupun saya bekas graduan pertanian, saya pun tercari-cari macam mana nak buat projek macam tu kat sekolah. Semalam saya belajar ilmu yang sangat berguna daripada graduan bukan pertanian!

Terima kasih cikgu Izra yang sudi meluangkan masa melayan saya, membawa saya melawat dan berkongsi pengalamannya mengendalikan projek berkenaan.

Semoga Allah berkati usaha cikgu dan semoga usaha cikgu mencapai kejayaan.

Sumber: Mingguan Wanita

 

Ingin download ebook percuma panduan cili fertigasi?

Klik sini

 

Cili fertigasi ubah nasib Ishak

BERUAS – Nekad untuk keluar dari kepompong kemiskinan membuatkan bapa kepada enam anak di Kampung Kedah, di sini mengusahakan tanaman cili fertigasi.

Ishak Othman, 49, mula terlibat dalam bidang pertanian itu pada 2008 hasil bantuan sebuah koperasi yang menyediakan peralatan untuk tanaman cili fertigasi berkenaan.

Menurutnya, dia tersenarai dalam senarai E-Kasih dan turut menerima bantuan rumah baharu memandangkan mereka sekeluarga tinggal menyewa.

“Ketika itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan dua pilihan kepada kami sama ada mahu terlibat dalam penternakan atau pertanian.

“Saya pilih pertanian kerana lokasi di kawasan rumah agak sesuai, jadi koperasi berkenaan bantu sediakan peralatan untuk cili fertigasi sebanyak 300 pokok.

“Ketika itu, rumah bantuan kami dalam proses pembinaan dan kami memulakan projek ini di hadapan rumah mak dahulu,” katanya.

Katanya, selepas rumah mereka siap, cili berkenaan dipindahkan ke kawasan rumah dan bermulalah episod dia bersama isteri, Zuraida Mat Rasib, 50, sebagai petani sepenuh masa.

“Sebelum ini saya bekerja kampung, ambil upah meracun, potong sawit dan sebagainya dengan anggaran pendapatan sebanyak RM700 sebulan.

“Ketika itu kehidupan agak perit kerana kesemua anak-anak masih bersekolah dan perbelanjaan agak tinggi. Namun bila terlibat dalam tanaman cili fertigasi ini, saya dapat ‘bernafas’ sedikit kerana hasilnya agak lumayan,” katanya.

Ishak berkata, hasil pertama tanaman cili mereka mencecah RM5,000 sebulan menjadikan dia dan isteri terus bersemangat untuk meneruskan projek itu.

“Hasil itu belum ditolak modal dan ia agak banyak berbanding saya bekerja meracun dan memotong sawit sebelum ini.

“Walaupun hasil cili boleh dituai dalam tempoh empat hingga lima bulan sahaja namun kami masih boleh bertahan untuk menampung keperluan keluarga,” katanya.

Katanya, tanaman cili fertigasi mengambil masa selama tujuh bulan dari awal penanaman hingga hasil boleh dikutip.

“Jadi sepanjang tempoh itu kami perlu bijak mengawal perbelanjaan harian namun setakat ini kami mampu melaluinya.

“Dulu hanya 300 pokok, kini saya dapat menambah kepada 3,000 pokok yang diusahakan di sekeliling rumah.

“Saya juga bersyukur kerana turut terpilih untuk menjadi peserta Fertigasi Rakyat di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah, dan kini sedang mengusahakan tanaman cili di pusat pertanian Gelung Gajah sebanyak 2,400 pokok selain tanaman di sekeliling rumah berkenaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Rezeki cili centil

Kuala Lumpur: Biarpun mengajar subjek seni visual namun Mohd Izranuddin Jelani mencipta kelainan apabila mampu menyelaras Projek Sekolah Lestari dalam bidang pertanian hingga mampu meraih pendapatan berjumlah RM11,000 hasil tanaman cili fertigasi.

Guru berkenaan mengetuai Skuad Lestari dianggotai lima guru dan 140 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru yang mengusahakan projek pertanian terbabit yang dilaksanakan sejak Mei tahun lalu.

Mohd Izranuddin, 40, berkata, segalanya bermula apabila dia menanam lima pokok cili padi jenis centil di rumahnya di Taman Daya kira-kira tujuh tahun lalu.

“Orang tua saya suka makan pedas, tetapi apabila hendak beli di pasar, harganya mahal.

“Jadi, saya cuba menanam lima anak benih cili centil secara kaedah biasa pada 2011 di tepi rumah saja. Apabila hasilnya menjadi, saya mula semangat untuk mendalami ilmu pertanian,” katanya.

Menurutnya, niatnya dipermudahkan apabila takdir menemukan dia dengan seorang pengusaha syarikat pertanian terkenal di Johor dikenali sebagai Sheikh Noh ketika penganjuran satu program karnival pertanian.

“Saya banyak menimba ilmu daripadanya dan dibimbing mengenai selok belok pertanian termasuk kaedah fertigasi.

“Buat permulaan, saya menjalankan projek tanaman cili fertigasi sebanyak 140 anak pokok ketika mengajar di sekolah lama, SMK Taman Johor Jaya 2 dan hasilnya amat menggalakkan hingga nama saya dikenali dalam kalangan sekolah di sekitar Johor,” katanya.

Menurutnya, sebaik berpindah ke SMK Tun Fatimah Hashim pada April tahun lalu, dia turut membawa idea sama sebelum menubuhkan Projek Sekolah Lestari selepas mendapat kelulusan Pengetuanya Mahidah Kosnan.

“Memandangkan banyak kawasan lapang tidak digunakan, pengetua pada ketika itu menerima cadangan saya untuk menjalankan projek tanaman cili fertigasi dengan kapasiti 500 pokok.

“Akhirnya satu jawatankuasa dibentuk dinamakan Projek Sekolah Lestari dianggotai guru dan pelajar yang berminat mengusahakan pelbagai jenis tanaman dalam usaha menceria dan mencantikkan kawasan sekolah,” katanya.

Bekas wartawan sebuah akhbar tempatan itu berkata, projek terbabit bermula sejak 16 Mei tahun lalu dengan dana permulaan RM15,000 yang diperoleh hasil daripada kutipan guru, kakitangan dan individu.

“Setiap sumbangan dinilaikan dengan saham iaitu sepokok satu saham berharga RM30. Projek ini mendapat sokongan penuh warga sekolah yang berpendapat lebih elok tanah terbiar diusahakan untuk meningkatkan dana pembangunan sekolah.

“Projek tanaman ini diselia saya dengan bantuan ahli Skuad Lestari terlatih terdiri daripada guru dan pelajar yang melakukan penggiliran kerja seperti merumput, membaja, mencantas pokok dan menuai hasil.

“Setiap pelajar diberi token, contohnya RM3 untuk sekilogram cili yang dipetik, malah paling penting mereka seronok mempelajari banyak perkara baru mengenai pertanian,” katanya.

Menurutnya, hasil penanaman cili itu dijual kepada warga sekolah, ibu bapa, rakan sekolah berdekatan selain dihantar ke pasar di sekitar Johor Bahru pada harga lebih murah daripada pasaran.

“Paling membanggakan apabila kami berjaya meraih RM11,000 hasil daripada tanaman cili centil pada musim pertama, manakala pada musim kedua, sebanyak RM6,000 diraih biarpun baru dua bulan hasil dituai.

“Melihat kepada perkembangan positif itu, pada Ogos lalu, kami mula mengusahakan 1,000 bongkah cendawan tiram kelabu, serai, limau kasturi, durian belanda dan pisang tanduk masing-masing 100 pokok serta 20 jambu batu di sekitar kawasan lapang sekolah.

“Projek kedua ini turut mendapat sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang menyumbang dana pembelian benih,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan projek berkenaan menjadi contoh dan penanda aras bukan saja di Johor malah seluruh negara selain mendapat kunjungan pelbagai pihak.

Sumber: Harian Metro




 

Empat sahabat nekad usahakan tanaman cili fertigasi

PADANG TERAP: Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah terbiar dengan menanam cili secara fertigasi di Kampung Musa, Mukim Pedu di sini.

Berbekalkan modal RM20,000 untuk peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah, Mohd Safri Mahmud, 25, Mohd Amiludin Afiz Wahab, 26, Mohd Irfan Azri Anas, 25, dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin, 25, baharu sahaja memulakan projek mereka Oktober lalu, dengan menanam 4,000 pokok cili di kawasan tanah seluas kira-kira 0.3 hektar.

Mohd Safri yang merupakan lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, berkata idea untuk mengusahakan projek itu tercetus selepas beliau memulakan tanaman cili secara kecil-kecilan di tepi rumahnya di sini lebih setahun lalu dengan 1,800 pokok dan mendapat permintaan tinggi.

Beliau berkata selepas melihat potensi dan kejayaan mengusahakan tanaman itu di tepi rumah, tiga rakannya yang masing-masing sebelum ini mempunyai pekerjaan membuat keputusan berhenti kerja dan menyertainya untuk menanam cili.

“Mohd Amiludin sebelum ini bekerja sebagai polis bantuan di Pulau Langkawi, Mohd Irfan Azri sebagai pereka grafik di sebuah pasar raya di Alor Setar dan Mohd Syafiq pula kerja kilang di Sungai Petani. Kesemua ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung tanam cili bersama saya,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak projek tanaman itu di sini, semalam.

Mohd Amiludin merupakan lulusan Institut Hasani, Sungai Petani, manakala Mohd Irfan Azri Anas dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin lulusan Kolej UNITI, Port Dickson.

Mohd Safri yang mengetuai projek itu berkata, beliau dan rakan-rakannya menggunakan teknik fertigasi bagi tanaman cili mereka kerana menjimatkan masa dan mengehadkan penggunaan tanah selain menjimatkan penggunaan air antara 30 dan 50 peratus berbanding teknik tanaman tradisional dengan menanam terus di atas tanah.

Beliau berkata hasil tanaman mereka juga selamat untuk dimakan kerana menggunakan baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik tanpa penggunaan racun kimia.

“Sistem kawalan air pula lebih cekap untuk memastikan pokok cili mendapat bekalan air dan nutrien secukupnya…sumber air dan nutrien yang mencukupi menjamin kualiti buah cili dihasilkan, berkilat dengan saiz besar dan panjang serta berat.

“Pokok-pokok ini ada diletakkan di atas tanah yang dilapik plastik khas dan sebahagiannya digantung dalam beg tanaman dan dalam dua minggu lagi kami akan tuai hasilnya untuk dijual secara borong atau jual sendiri di kantin sekolah dan pasar pagi,” katanya.

Katanya, beliau dan rakannya menyasarkan setiap pokok yang ditanam mampu menghasilkan dua kilogram cili yang mampu dijual antara RM7 dan RM10 sekilogram.

Menurutnya, hasil pertama tanaman yang baharu diusahakan dua bulan itu dijangka dituai dalam masa dua minggu lagi dengan keseluruhan hasil tuaian dianggarkan berjumlah lapan metrik tan yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM60,000.

Bagi Mohd Amiludin Afiz, beliau berharap projek itu dapat membuahkan hasil lumayan dan menyasarkan untuk membuka lebih banyak kebun baharu bagi tanaman itu bagi memenuhi permintaan.

“Saya harap ada bantuan dari pihak berwajib untuk kami buka empat lagi kebun baharu agar hasil pengeluaran berterusan bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata projek berkenaan yang menggabungkan kawalan tanaman menggunakan kaedah kultura, biologi, dan mekanikal dipilih sebagai ladang contoh oleh Jabatan Pertanian daerah ini.

“Kebaikan tanaman ini hasilnya lebih selamat untuk dimakan, hasil lebih tahan lama dan berkualiti serta pengeluaran lebih banyak dan pokok mampu bertahan dalam mengeluarkan hasil sehingga enam bulan.

“Kita akan membantu memberi rumah lindungan hujan kepada pengusaha, dan keperluan lain yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama, mengenai projek tersebut. — Bernama

 

Ingin download ebook percuma panduan cili fertigasi?

Klik sini




Summary
Panduan Tanaman Cili Fertigasi
User Rating
4.5 based on 12 votes
Service Type
Panduan Tanaman Cili Fertigasi
Provider Name
Aridz Tech Resources,
Putrawalk Commercial Centre, Seri Kembangan,Selangor,Malaysia-43300,
Telephone No.0105436757
Area
Malaysia
Description
Panduan untuk memulakan penanaman cili fertigasi di halaman rumah secara sambilan dengan mudah.